Weghorst senjata baharu Manchester United

Iklan
Ten Hag (kiri) bersama Weghorst.

MANCHESTER United menandatangani penyerang Belanda, Wout Weghorst secara pinjaman sehingga akhir musim daripada kelab Liga Kejuaraan, Burnley, kata pasukan Liga Perdana Inggeris itu.

"Saya pernah bermain menentang kelab ini pada masa lalu dan ia adalah perasaan yang sangat hebat apabila berpeluang menyarung jersi merah terkenal.

Iklan
Iklan

"Saya telah melihat kemajuan United di bawah (pengurus) Erik ten Hag musim ini dan tidak sabar untuk mula memainkan peranan saya dalam mendorong pasukan ke arah matlamatnya. Apa pun yang berlaku dalam beberapa bulan akan datang, saya boleh berjanji untuk memberikan segala-galanya kepada pasukan," kata Weghorst yang berusia 30 tahun itu.

Weghorst sebelum ini telah menghabiskan separuh pertama musim ini secara pinjaman di kelab Turki, Besiktas, yang menyaksikan dia menjaringkan sembilan gol dalam 18 penampilan di semua pertandingan.

Iklan

Sementara itu, Besiktas berkata, ia akan menerima 2.83 juta euro (AS$3.06 juta) untuk menamatkan perjanjian pinjaman mereka dengan penyerang tersebut.

Weghorst menyertai Burnley pada Januari 2022 dengan harga 12 juta pound (AS$14.68 juta), namun gagal membantu The Clarets itu daripada tersingkir dari liga teratas pada Mei.

Iklan

"Wout mempunyai rekod penjaringan gol yang konsisten merentasi beberapa liga Eropah, dan elemen itu akan menambah dimensi lagi kepada skuad kami untuk baki musim ini.

"Kami juga tertarik dengan keperibadiannya yang kuat dan pendekatan berdedikasi terhadap bola sepak, yang sangat sesuai dengan semangat Erik bina dalam skuad kami. Dia telah menunjukkan keinginan besar untuk menyertai Manchester United," kata pengarah United, John Murtough.