PAU 2022: ‘Jangan biarkan Bossku keseorangan’

Iklan
Fadzli dan Najib.

KUALA LUMPUR - Kepimpinan tertinggi parti khususnya yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan perlu menegakkan keadilan buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai menghargai sumbangan beliau terhadap parti dan negara.

Perwakilan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, parti tidak boleh membiarkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu bersendirian dalam ‘melawan’ pendakwaan terpilih yang dihadapinya itu.

Iklan
Iklan

"Sebelum berundur, saya mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama mendoakan semoga semakan kehakiman yang akan didengar pada 19 Januari ini, berhubung kes Datuk Seri Najib Tun Razak, dapat meletakkan keadilan dan kebenaran pada tempat yang sepatutnya.

"Ia adalah peluang terakhir Bossku untuk menegakkan keadilan, setelah dinafikan hak untuk menukar peguambela, disekat untuk mengemukakan bukti-bukti baharu dan dihukum oleh hakim yang ada konflik kepentingan.

Iklan

"Pahang merayu kepada pihak berkuasa dan kepimpinan tertinggi parti dan kerajaan, agar lakukanlah sesuatu yang benar, untuk memastikan keadilan dan prinsip rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang, sentiasa dijunjung tinggi. Jangan biarkan Bossku keseorangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.

Iklan

Sementara itu, Fadzli yang juga Ketua Pemuda UMNO Raub ketika ditemui berkata, parti perlu merombak kembali pasukan media yang disifatkan gagal dalam mengatur serangan ketika berdepan pihak lawan.

"Saya tidak mahu bersikap apologetik dan berkias-berkias. Pada saya, pasukan media kita, gagal. Kita gagal dalam mengatur serangan. Kita gagal untuk bertahan bila diasak.

"Kita gagal untuk menyampaikan kepada masyarakat, siapa kita dan mengapa kita layak diberikan mandat. Menghasilkan infografik dan dikongsikan dalam Group WhatsApp semua Ketua Bahagian, itu bukan komunikasi berkesan,” katanya.

Tegasnya, UMNO perlu segera melakukan komunikasi berkesan dengan cara yang luar biasa sehingga mampu menggerunkan pihak lawan.