Mohd Yasin A Bakar menunjukkan bangkai pesawat Hercules C130 yang diubah suai menjadi sebuah restoran sehingga boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa dan dinamakan Terminal 1 Domestic and International Cuisines.
Hampir RM50,000 pula dibelanjakan untuk kerja-kerja ubah suai badan pesawat berkenaan yang dijadikan restoran, termasuk kerja mencuci pesawat dan memasang bumbung serta lantai, selain pemasangan struktur platform tambahan pada kedua-dua bahagian sayap pesawat.
Uniknya, kesemua wayar berselirat dan berjuntaian yang ada dalam badan pesawat berkenaan dikekalkan namun dalam keadaan kemas dan teratur, bagi memastikan pelanggan dapat mengetahui bagaimana kompleks dan rumitnya untuk membina sesebuah pesawat.