Remaja lemas ketika mandi di Tasik Cermin

Iklan
Mayat mangsa ditemui anggota bomba yang menjalankan kerja mencari dan menyelamat di Tasik Cermin, Shah Alam pada Sabtu.

SHAH ALAM - Keseronokan sekumpulan remaja yang sedang mandi-manda bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas dalam kejadian di Tasik Cermin di sini pada Sabtu.

Mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah dikenali sebagai Muhammad Khairul Hamizan Mustapa,16 tahun.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian pada jam 12.16 tengah hari.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 12.30 tengah hari.

Iklan

"Kejadian melibatkan seorang remaja lelaki berumur 16 tahun yang hilang dipercayai lemas ketika mandi-manda bersama enam lagi rakannya yang lain di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mangsa kemudiannya berjaya ditemui oleh anggota bomba yang menjalankan kerja mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.

Iklan

"Mayat mangsa ditemukan pada jam 2.45 petang oleh anggota bomba.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.