Dua individu rentung kereta terbakar

Iklan
Keadaan kereta dan lori yang terbakar dalam kemalangan di Jalan Temerloh-Kuala Krau pada Sabtu. - Foto JBPM

TEMERLOH - Dua individu rentung selepas kereta dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan melibatkan sebuah lori di Jalan Temerloh-Kuala Krau dekat Kampung Datuk Sharif Ahmad di sini pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.48 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai 12 anggota dan tiga pegawai melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krau dengan bantuan BBP Temerloh bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, terdapat dua mangsa tersepit dan terbakar dalam sebuah kereta dengan anggaran kemusnahan 100 peratus dan kepala lori terbakar 80 peratus," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Tambah beliau, pasukan terlibat bertindak memadam kebakaran menggunakan tiga aliran air bersumberkan tangki jentera bomba dan dua unit pemadam api.

"Dua individu yang belum dikenal pasti identiti disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Iklan