PAU 2022: Tidak tolak kemungkinan wujud 'pengundi hantu'

Iklan
Mohd Rozaimi

KUALA LUMPUR - Naib Ketua UMNO Bahagian Klang, Mohd Rozaimi Idin tidak menolak kemungkinan wujud cubaan untuk membawa masuk 'pengundi hantu' bagi meluluskan usul tambahan supaya tidak membenarkan dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan.

Beliau turut mengesahkan bahawa penanda kedudukan perwakilan yang sepatutnya diletakkan di kerusi Dewan Merdeka itu telah ditanggalkan.

Iklan
Iklan

"Perkara itu saya boleh sahkan bahawa penanda perwakilan tersebut telah dicabut (dari tempat duduk).

"Jadi, saya tak pasti ada gerakan-gerakan seperti (pengundi hantu) itu berlaku, tetapi kemungkinan besar (ada)," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Pada Sabtu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi gambaran isu pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO mencetuskan satu lagi ‘perkembangan terbaharu’ susulan wujud dakwaan ada cubaan untuk membawa masuk 'pengundi hantu' bagi meluluskan usul tambahan supaya tidak membenarkan dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan.

Khairy menerusi satu rakaman video berkata, beliau difahamkan ‘tag’ atau penanda kedudukan perwakilan yang sebelum ini diletakkan di kerusi Dewan Merdeka telah pun ditanggalkan.

Iklan