[VIDEO] Sokong usul untuk beri laluan kepada PRN

Iklan
Ahmad pada sidang akhbar di Laman Media PAU 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Keputusan majoriti perwakilan menyokong usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 bagi memberi fokus bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sebanyak enam negeri akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing untuk memberi laluan kepada pilihan raya itu nanti.

Iklan
Iklan

Justeru katanya, mengambil kira tempoh pilihan raya yang akan berlansung itu adalah wajar untuk perwakilan menyokong usul tersebut.

"Lebih daripada 90 peratus (yang sokong). Saya ingat tidak sampai dalam 30 atau 40 orang pun yang tidak sokong,” katanya pada sidang akhbar di Laman Media PAU 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.

Iklan

Terdahulu, PAU 2022 yang bersidang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur meluluskan usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan.

Menurut Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil, usul tambahan itu lulus selepas disokong oleh hampir kesemua perwakilan yang mengambil bahagian.

Iklan

Ia sekali gus menyaksikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan masing-masing mengekalkan jawatan yang disandang mereka sebelum ini untuk tempoh dua tahun lagi.

Isu pemilihan UMNO menjadi tumpuan ramai selepas wujud cadangan agar dua jawatan tertinggi dalam parti Melayu terbesar itu tidak dicabar.

Ahmad Zahid menang jawatan Presiden untuk tempoh 2018-2021 pada Pemilihan UMNO 2018.

Beliau menewaskan pencabarnya termasuk Khairy dan bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahmad Zahid memperoleh 93 undi, Khairy (51 undi), manakala Tengku Razaleigh ataupun Ku Li mendapat 23 undi.

Mohamad yang merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan pula menang dengan 75 undi menewaskan bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa bagi saingan jawatan Timbalan Presiden.