LONDON - Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak pada Sabtu menyifatkan hukuman mati oleh Iran terhadap seorang warga Britain-Iran sebagai 'tindakan pengecut' dan mengecam tindakan itu.
Pada Sabtu, badan kehakiman Iran mengumumkan pelaksanaan hukuman mati terhadap Alireza Akbari, bekas timbalan menteri pertahanan, beberapa hari selepas dia dijatuhi hukuman itu atas tuduhan mengintip.