Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pahang

Iklan
Lokasi kejadian di Sungai Pahang dekat Kampung Batu Nor, Bera menyaksikan seorang lelaki dikhuatiri lemas pada Sabtu. Foto: Ihsan JBPM

BERA - Seorang lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pahang di Kampung Batu Bor, di sini, pada Sabtu.

Mangsa, Faizal Akmal Fikri Mohd Fauzi, 20, dari Kampung Bukit Lada Awah, Temerloh dipercayai mandi seorang diri di sungai terbabit.

Iklan
Iklan

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bera, Kapten (PA) Ahmad Azmi Nafiah memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.15 petang.

"Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai mandi di sungai itu berdekatan masjid lama Kampung Batu Bor.

Selipar dan motosikal yang dipercayai milik mangsa ditemui di tebing sungai. Foto: Ihsan JBPM

Iklan

"Anggaran waktu mangsa dipercayai hilang sekitar pukul 4.00 petang berdasarkan saksi orang awam yang berada di lokasi ke jadian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelas beliau lagi, pihak APM menerima panggilan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Batu Bor, Samsudin Taib yang memaklumkan kejadian tersebut.

Iklan

Difahamkan, seramai 10 anggota APM digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, seramai lapan anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang terlibat dalam SAR melalui darat di sekitar tebing sungai.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai berseorangan. Malah motosikal serta barangan peribadi termasuk selipar milik mangsa didapati ada di lokasi kejadian," jelas Zulfadli.