Pantai Teluk Sisek Lengang

Iklan

Suasana petang di Pantai Teluk Sisek dilihat lengang dengan kekurangan pengunjung di sini hari ini.

Kebiasaannya kawasan tumpuan pengunjung ini dipenuhi pengunjung terutama pada cuti hujung minggu namun tinjauan mendapati keadaan sebaliknya berikutan cuaca di Kuantan ketika ini masih lagi tidak menentu dengan kejadian ribut petir sering berlaku pada sebelah waktu petang.

Iklan
Iklan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) petang ini mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di semenanjung termasuk di Pahang.