Azmira kecewa suami tidak jujur

Iklan
Gambar hiasan

KOTA BHARU - Ibu tunggal yang mahu dipanggil Azmira, 32, berkongsi kisah perkahwinannya hancur akibat orang ketiga dan sehingga kini dia tidak dapat menelan pahitnya penipuan suami tercinta.

Menurut Azmira, tugas suami yang dikenali sebagai Zafri, 32, dalam agensi badan beruniform menyebabkan dia sentiasa ditinggalkan kerana perlu menghadiri kursus dalam tempoh satu hingga tiga bulan.

ARTIKEL BERKAITAN Perosak rumah tangga boleh dipenjara, denda

Iklan
Iklan

"Enam tahun pertama perkahwinan kami sangat bahagia dan dikurniakan tiga cahaya mata,” katanya.

Bagaimanapun kata Azmira, selepas itu, suaminya dilihat tidak boleh 'berenggang' dengan telefon pintar selepas pulang daripada menghadiri kursus di luar Kelantan.

Iklan

Sebagai wanita, Azmira mengakui masih boleh menimbangkan hasrat suami jika mahu berkahwin lagi, namun kecewa kerana ditipu suami.

"Dalam tempoh setahun kemelut masalah kami, saya mendapat tahu Zafri sudah berkahwin dengan wanita itu di Thailand,” katanya.

Iklan

Enggan berdiam diri dan terus bersabar, Azmira bertemu madunya tiga bulan kemudian sebelum mengambil keputusan berpisah dengan suami.

"Saya sangat kagum dengan wanita yang boleh bermadu 'hasil' penipuan suami.