Adik lemas, abang sempat diselamatkan

Iklan
Mayat Muhammad Hanif Nurhaqim ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di Pantai Kemayang petang Sabtu.

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di Pantai Kemayang, petang Sabtu.

Ketika kejadian, mangsa, Muhammad Hanif Nurhaqim Amran dipercayai datang berkelah dan mandi bersama keluarganya di pantai itu.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, mangsa dipercayai bermain di tembok penghadang ombak sebelum terjatuh ke dalam laut bersama abangnya, Muhammad Hanif Lokman, 12.

"Bomba menerima panggilan pada jam 5.55 petang sebelum bergegas ke lokasi.

Iklan

"Mayat mangsa ditemui di kepala tembok penghadang ombak kira-kira 200 meter dari lokasi dipercayai terjatuh. Bagaimanapun, sebelum itu abang mangsa sempat diselamatkan orang awam," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Iklan