Insiden tembakan di London, lima cedera termasuk kanak-kanak

Iklan
Polis dan anggota medik dari Perkhidmatan Ambulans London dikerah ke lokasi kejadian. Foto Reuters.

LONDON - Lima termasuk dua kanak-kanak berumur antara tujuh dan 12 tahun cedera dalam satu kejadian tembakan di tengah London pada Sabtu.

Penyerang dilaporkan melepaskan tembakan dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak.

Iklan
Iklan

Kejadian berlaku pada 1.29 petang waktu tempatan di sekitar Gereja St Aloysius ketika upacara pengebumian sedang berlangsung di Euston, lapor Agensi Anadolu.

Polis dan anggota medik dari Perkhidmatan Ambulans London dikerah ke lokasi kejadian.

Iklan

Polis Metropolitan memaklumkan bahawa tiga wanita - berumur 48, 54 dan 41 - dibawa ke hospital dan kecederaan mereka dinilai sebagai tidak mengancam nyawa.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun masih berada di hospital dan dilaporkan dalam keadaan kritikal, manakala kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang mengalami kecederaan ringan di kaki telah dibenarkan keluar.

Iklan

"Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini,” menurut kenyataan polis.

Jalan berhampiran lokasi kejadian masih ditutup kepada lalu lintas setakat 9 malam. - Bernama.