United belum fikir juara EPL

Iklan
Fernandes (tengah) meraikan gol penyamaannya ketika menentang City. FOTO AFP

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag tidak mahu memikirkan peluang mereka menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang ke atas Manchester City 2-1 dalam aksi di Old Trafford pada Sabtu.

Kemenangan menerusi gol daripada Bruno Fernandes dan Marcus Rashford itu mengecilkan ruang pasukan itu dengan City yang berkelebihan satu mata di kedudukan kedua.

Iklan
Iklan

United juga berada enam mata di belakang pendahulu Arsenal, namun Ten Hag enggan membincangkan tentang peluang pasukannya menang EPL.

"Peminat mungkin telah menanam impian, tetapi kami tidak. Kami perlu terus berpijak di bumi yang nyata dan kemudian memperbaiki permainan," katanya.

Iklan

Menurutnya, walaupun berjaya menewaskan City namun Ten Hag kecewa kerana pasukannya membiarkan lawan pada separuh masa kedua.

"Ia tidak boleh berlaku bahawa selepas separuh masa kami kehilangan begitu banyak kawalan permainan.

Iklan

"Apabila kami melakukan perkara dan peraturan yang betul, kami berjaya mengawal perlawanan dan melakukan perkara yang sama seperti separuh masa pertama," katanya.

United telah memenangi sembilan perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan setakat ini.

"Kami sering bercakap tentang pasukan, pembangunan dan taktikal tetapi salah satu tugas utama pengurus adalah untuk bekerja pada mentaliti pasukan dan mentaliti ini mempunyai banyak elemen.

"Saya rasa kami juga mempunyai pemain di atas padang yang berpengalaman dan tahu bahawa satu ketika perlawanan boleh berubah. Saya fikir kami lebih mampu menangani situasi sebegitu berbanding beberapa bulan lalu," katanya.