Seorang parah, empat cedera nahas empat kenderaan

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Sungai Putus, Kampung Batu Belah Klang pada Ahad.

KLANG - Seorang parah manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Sungai Putus, Kampung Batu Belah Klang di sini pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 7.13 pagi.

Iklan
Iklan

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dengan kekuatan seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 7.20 malam.

"Kemalangan melibatkan dua buah kereta jenis Proton Saga dan Perodua Kancil, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dan sebuah motosikal dari arah Pelabuhan Klang menghala ke Shah Alam berhampiran Sekolah Kebangsaan Batu Belah, Klang," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Iklan

"Pemandu Proton Saga berumur 48 tahun mengalami kecederaan parah dan patah kaki kiri, dua individu terdiri dari pemandu dan penumpang Perodua Kancil masing-masing berumur 47 tahun patah tangan kiri dan paha.

Seorang mangsa diberikan rawatan awal.

"Pemandu Nissan Navara berumur 20 tahun mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki kiri manakala penunggang motosikal berumur 29 tahun patah kaki kanan," katanya.

Iklan

Menurutnya, kesemua mangsa yang terlibat berjaya diberikan rawatan awal.

"Kesemua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menerusi kenyataan mengesahkan mengenai kejadian.

"Maklumat berkaitan kejadian akan dikongsikan sejurus siasatan selesai dijalankan," katanya.