Guardiola tidak menyesal tewas kepada United

Iklan
Guardiola - Foto AFP

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak menyesal tewas 1-2 kepada Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Sabtu.

Menurutnya, City bermain lebih baik berbanding United dan menegaskan saingan EPL masih panjang untuk pasukannya meraih lebih banyak kemenangan.

Iklan
Iklan

"Tahniah kepada United. Orang ramai akan faham betapa bagusnya Manchester City. Ia adalah perlawanan yang hebat.

"Kami mengawal permainan dengan lebih baik pada separuh masa kedua menentang Rashford dan pemain mereka yang pantas. Kami mempunyai semangat yang betul untuk melakukannya.

Iklan

"Kami perlu memperbaiki situasi apabila kami melepaskan gol. Jurang antara gol pertama dan kedua terlalu rapat.

"Terdapat banyak mata untuk dimenangi selepas ini. Kami sentiasa bermain dalam perlawanan seperti ini dan dalam perlawanan lain kami sedikit bergelut," katanya.

Iklan

Dalam perlawanan itu, Jack Grealish meletakkan City di hadapan pada minit ke-60, namun United menyamakan kedudukan dengan gol kontroversi Bruno Fernandes pada minit ke-78.

The Red Devils memperoleh gol kemenangan empat minit kemudian menerusi Marcus Rashford.

Dalam pada itu, Guardiola mendakwa gol penyamaan itu disahkan oleh pengadil kerana faktor perlawanan itu berlangsung di laman United.

"Marcus Rashford ofsaid, Bruno Fernandes tidak. Rashford mengalih perhatian penjaga gol dan pertahanan tengah kami. Itulah keadaannya. Kami tahu di mana kami bermain. Ia sukar untuk pengadil apabila perlawanan berlangsung di stadium ini," katanya.