5 mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar dibawa pulang Selasa

Iklan
Chon Siang pada program edaran lokam sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajah Kalsom,Penor pada Ahad.

KUANTAN - Lima warga Malaysia yang berjaya menyelamatkan diri daripada sindiket pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myanmar bakal dibawa pulang Selasa ini.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, Sim Chon Siang berkata, kesemua mereka kini berada di Bangkok, Thailand selepas urusan dokumentasi selesai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lima individu itu berusia antar 19 hingga 33 tahun termasuk seorang gadis.

"Saya akan bertolak ke Thailand esok (Isnin) dan pada Selasa saya akan bawa balik mereka ke tanah air.

"Namun, tiga daripada lima mangsa akan dituduh di Mahkamah Thailand kerana memasuki negara itu secara haram. Jadi, selepas dakwaan dibuat, kita akan menguruskan pasport sementara buat mereka," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program edaran lokam sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajah Kalsom, Penor pada Ahad.

Chon Siang memaklumkan lebih 40 individu warga Malaysia yang menjadi mangsa kekejaman sindiket pemerdagangan manusia masih terperangkap di Myawaddy, Myanmar.

Iklan

Jelasnya angka itu direkodkan selepas menerima aduan daripada mangsa yang meminta untuk diselamatkan.

"Dalam hampir dua minggu tahun ini, saya menerima 40 aduan supaya menyelamat mereka daripada terus menjadi mangsa sindiket.

"Jadi, kita akan berusaha mendapat maklumat lanjut sebelum usaha menghubungi waris dilakukan bagi membolehkan laporan polis dibuat terhadap kehilangan anak mereka," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum itu.