KHM sasar 128 pasukan sertai Karnival Hoki 5s

Iklan
Hasnizam (tengah) menjelaskan penganjuran karnival hoki 5s untuk kategori B-11 dan B-15 sebagai usaha menggalakan pembangunan hoki di peringkat akar umbi.

[DIKEMASKINI] KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) menyasarkan 128 pasukan menyertai Karnival Hoki 5 sebelah (s) yang akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 11 dan 12 Februari depan.

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Tinggi dan Hoki 5s, Hasnizam Hassan berkata, kategori yang akan dipertandingkan ialah untuk pasukan lelaki dan perempuan bawah 11 tahun (B-11) serta bawah 15 tahun (B-15).

Iklan
Iklan

"Kita meletakkan sasaran 32 pasukan bagi setiap kategori. Kita akan mula membuka pendafataran untuk karnival ini pada 17 Januari nanti melalui pautan yang akan dikongsikan di FB KHM.

"Karnival ini terbuka kepada semua sekolah, kelab dan persatuan," katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Prestasi Tinggi dan Hoki 5s pada Ahad.

Iklan

"Bagi KHM, kita mahu menjadikan hoki 5s ini sebagai pemangkin kepada hoki 11 sebelah. Dengan cara ini pelajar tersebut akan mengenali hoki dengan lebih awal.

"Seperti kita tahu, hoki 5s ini juga tidak terlalu rumit untuk menguasai peraturan dan undang-undang hoki. Ia secara tidak langsung akan dapat menarik minat di peringkat awal kepada pelajar untuk bermain hoki," katanya.

Iklan

Dalam masa sama, beliau berkata langkah penganjuran karnival itu juga mampu membantu masyarakat terutama ibu bapa mengenali sukan hoki.

"Apabila anak bermain hoki, ibu bapa secara tidak langsung akan hadir untuk memberikan sokongan. Maka, dengan langkah pertama ibu bapa itu, akan memastikan mereka terus menyokong pembangunan sukan hoki.

"Sekali gus, apabila pasukan negara bermain hoki, kita mengharapkan stadium akan penuh dengan penyokong seperti sokongan yang diberikan kepada sukan bola sepak dan sebagainya," katanya.