Amaran ribut petir di sembilan negeri

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kuat dijangka berlaku di sembilan negeri sehingga 7 petang Ahad. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kuat yang dijangka berlaku di sembilan negeri sehingga 7 petang hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini, negeri terlibat termasuklah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, dan Sarawak.

Iklan
Iklan

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Amaran juga dikeluarkan untuk Bentong dan Kuantan di Pahang Pahang; Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat (Selangor) serta Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin (Negeri Sembilan).

Iklan
Iklan

Keadaan cuaca yang sama juga dijangkakan berlaku di Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru), serta Sarawak di Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau) dan Kapit (Song). - Bernama