Poster pelaburan guna gambar Fadillah palsu

Iklan
Poster palsu yang disebarkan melalui media sosial.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menafikan terlibat dalam pelaburan patuh syariah seperti disebarkan menerusi poster yang tular di media sosial.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya pada Ahad, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, poster berkenaan adalah palsu dan beliau tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk menggunakan gambarnya bagi tujuan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya telah mengarahkan pegawai khas saya di Pusat Khidmat Petra Jaya untuk membuat laporan polis mengenai penyebaran poster berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, poster palsu yang sama pernah disebarkan melalui media sosial pada tahun lepas oleh pihak tidak bertanggungjawab dan laporan polis juga pernah dibuat pada Sept 3 tahun lepas. - Bernama

Iklan
Iklan