Perkhidmatan hospital kerajaan sudah setaraf hospital swasta

Iklan
Hospital Serdang - Gambar hiasan

BARU-BARU ini anak Merak Jalanan yang berusia 13 tahun patah tangan ketika sedang bermain luncur ais atau lebih dikenali sebagai ice skating.

Akibat terjatuh, tulang radius dan ulna pada tangan kirinya patah sehingga perlu menjalani pembedahan memasang besi bagi meluruskan kembali kedua-dua tulang berkenaan.

Iklan
Iklan

Alhamdulillah, anak Merak Jalanan berjaya menjalani pembedahan sehari selepas dimasukkan ke wad biarpun diletakkan dalam senarai menunggu.

Secara keseluruhan, dia dimasukkan ke wad selama enam hari lima malam sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Iklan

Beberapa anak Merak Jalanan sebelum ini termasuk yang baru patah tangan ini juga pernah mendapatkan rawatan di hospital swasta. Maka Merak Jalanan membuat perbandingan perkhidmatan kedua-dua jenis hospital ini.

Apa yang boleh dikatakan, perkhidmatan hospital kerajaan kini tiada bezanya dengan hospital swasta, malah tidak salah jika dikatakan doktor-doktor kerajaan ada yang lebih pakar daripada doktor di hospital swasta.

Iklan

Jururawat di Wad Ortopedik 7E Hospital Serdang, Selangor iaitu tempat anak Merak Jalanan menjalani rawatan juga memberi layanan yang baik. Tidak pernah sekalipun mendengar mereka meninggikan suara dengan pesakit.

Jururawat di situ bukan saja mengambil berat terhadap pesakit, malah ada antaranya mengenali penjaga pesakit dengan baik seperti seorang jururawat yang berasal dari Jitra, Kedah.

Kualiti makanan disediakan juga tidak jauh beza dengan hospital swasta, malah pesakit diberi makanan empat kali sehari. Yang paling penting, kos rawatan yang dikenakan di hospital kerajaan adalah amat rendah.

Kos sebenar merawat anak Merak Jalanan ialah RM4,737, namun hanya perlu membayar sekitar RM82. Begitu pun tiada sebarang bayaran dikenakan kerana anak Merak Jalanan masih bersekolah. Terima kasih semua doktor dan jururawat Hospital Serdang.