Keputusan PAU timbulkan 1,001 persoalan

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.

KEPUTUSAN Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Sabtu meluluskan usul tambahan supaya dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang menimbulkan 1,001 persoalan dan spekulasi.

Ini kerana ramai ahli dan pemimpin UMNO sendiri masih keliru sama ada usul berkenaan sah mengikut perlembagaan parti atau tidak.

Iklan
Iklan

'Team A' diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan usul berkenaan sah dan mengikut perlembagaan parti.

Dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan usul itu bukanlah usul haram seperti didakwa.

Iklan

Sebaliknya, kaedah ia dibawa dibolehkan sepertimana Perkara 20 Peraturan Persidangan UMNO yang berkaitan dengan pindaan usul.

* Baca laporan penuh di Sinar Premium.

Iklan