[VIDEO] Puteri Sarah selesai fail cerai

Iklan
Puteri Sarah (tengah) hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini bagi memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah selesai memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Isnin.

Permohonan cerai berkenaan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Iklan
Iklan

Puteri Sarah hadir dengan ditemani adik-beradik selain peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakilinya.

Proses memfailkan perceraian itu selesai kira-kira jam 11.25 pagi.

Iklan

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Iklan

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.