Raja Perlis terima menghadap Perdana Menteri

Iklan
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Arau, Perlis hari ini. -Foto Bernama

ARAU - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Arau hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Iklan
Iklan

Turut hadir Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Sesi menghadap Raja Perlis itu yang pertama buat Anwar, sejak Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November tahun lepas.

Iklan
Iklan

Selepas sesi menghadap itu, Anwar dijadual mengadakan perjumpaan bersama ketua jabatan dan pegawai kanan Persekutuan di Dewan 2020. - Bernama