MIKEL Arteta memuji kemenangan derbi utara London, Arsenal ke atas Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur pada Isnin.
Malah pengendali dari Sepanyol itu menyeru anak buahnya untuk meraikan setiap detik kejayaan tersebut dengan kelebihan lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris.
"Saya sangat gembira kerana dua sebab, satu kerana melihat banyak keazaman, kualiti dan untuk memenangi perlawanan di sini.
"Satu lagi kerana kami mempunyai tugasan yang benar-benar istimewa apabila boleh menggembirakan semua. Meraikan kemenangan bersama penyokong adalah perasaan yang hebat saat-saat seperti ini.
Gol sendiri Hugo Lloris dan jaringan Martin Odegaard membantu Arsenal melengkapkan kemenangan ke atas Tottenham dengan Gunners menang di tempat lawan di Spurs buat kali pertama dalam liga sejak Mac 2014.
Kemenangan itu mencetuskan suasana perayaan luar biasa ketika Gunners memperbaharui pungutan mata kepada 47 daripada 18 perlawanan liga - mata terbanyak yang menangi pada peringkat musim ini dalam sejarah liga kelab tersebut.
Pada masa sama Arteta mengakui kemenangan di laman lawan itu secara tidak langsung mengusik emosi pemain dan penyokong The Gunners.
"Kami tahun kami berada di sini kerana cara bermain secara berkumpulan dan esok perlu cuba melakukan perkara yang sama.
"Ini (kemenangan) mempunyai ikatan emosi yang besar kerana jelas sekali terdapat sejarah besar antara kedua-dua kelab dan ia amat bermakna bagi kami untuk memenangi perlawanan. (Lapan mata di hadapan) adalah kedudukan yang bagus dan mari kita menikmati setiap detik,” katanya.