Selangor anjur rumah terbuka Tahun Baharu Cina

Iklan
Tarian Singa antara aktiviti rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 28 Januari ini. (Gambar kecil: Teng Chang Khim)

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menganjurkan rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina secara besar-besaran dengan sasaran kehadiran 8,000 tetamu di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 28 Januari ini.

Exco Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian, Industri kecil dan Sederhana Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, majlis bermula jam 3.30 petang hingga 10.30 malam diisi dengan pelbagai acara menarik termasuk persembahan tarian singa, opera tradisi, wayang kulit, pertandingan kaligrafi selain jamuan makan.

Iklan
Iklan

Menurut Chang Khim, program bertemakan ‘Musim Bunga Kembali ke Khatulistiwa’ itu turut menampilkan persembahan kebudayaan membabitkan150 artis termasuk penyanyi, Evelyn Toh bermula pada jam 8.30 malam.

"Dijangkakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke majlis ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Turut dijangka hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua-ketua Jabatan serta wakil-wakil kedutaan dan seluruh warga Selangor.

"Pada tahun lepas, acara sambutan perayaan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Selangor telah diadakan secara atas talian dan disiarkan melalui media sosial berikutan era pascapandemik.

Iklan

"Secara tradisinya, masyarakat Cina menyambut perayaan ini secara besar-besaran dan ia antara acara perayaan terbesar yang disambut bersama rakyat di negara ini selain Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas.

"Dengan adanya sambutan ini diharapkan ia dapat merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dengan masyarakat serta memupuk persefahaman dalam masyarakat terdiri dari pelbagai kaum dan agama," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan negeri Selangor melalui sistem dompet elektronik Wavpay juga akan menyediakan 2, 000 angpau elektronik bernilai RM10,000 secara keseluruhan.

"Para tetamu yang memuat turun aplikasi dompet elektronik Wavpay, berpeluang memenangi angpau dan juga sepuluh hadiah barangan elektronik yang bernilai RM3,000 secara keseluruhan," kata Chang Khim.

Beliau menambah beberapa lokasi parkir kenderaan berbayar yang berdekatan dengan tapak lokasi boleh digunakan pelawat pada 28 Januari ini iaitu di SACC Mall, Plaza Alam Sentral, sebelah bangunan PKPS dan Menara Maybank serta kemudahan bas Smart Selangor