KOTA KINABALU - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Putatan iaitu Awang Husaini Sahari yang kalah tipis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan di parlimen tersebut.
Awang Husaini berkata, petisyen itu difailkan melalui peguamnya Nelson Anggang di Mahkamah Tinggi di sini pada 27 Disember 2022.