Replika arnab Suria KLCC diiktiraf terbesar di Malaysia

Iklan
Michael (dua dari kiri) menyampaikan sijil MBOR Replika Arnab Terbesar di Malaysia yang Disaluti Syiling Emas kepada Andrew (dua dari kanan) pada Selasa.

REPLIKA arnab disaluti syiling emas yang dipaparkan di KLCC Esplanade sempena Tahun Baharu Cina diiktiraf terbesar oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

Ketua Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, budaya kekeluargaan, permuafakatan dalam menikmati tradisi dan kemakmuran adalah konsep yang mendefinisikan sambutan Tahun Baharu Cina di Suria KLCC.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya berusaha untuk memastikan pengunjung dapat menikmati pelbagai pengalaman menarik di pusat beli-belah itu sepanjang tempoh sambutan perayaan.

Beliau berkata demikian ketika menerima sijil pengiktirafan oleh daripada Ketua Pegawai Eksekutif MBOR, Datuk Seri Dr Michael Tio di Suria KLCC, di sini pada Selasa.

Iklan
Centre Court Suria KLCC dihiasi dekorasi seperti bandar purba di negara China sempena Tahun Baharu Cina.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik disediakan sempena Tahun Baharu Cina dan pengunjung juga berpeluang untuk berkongsi aspirasi dan azam tahun baharu mereka di Wishing Tree.

Andrew berkata, sumbangan kewangan menerusi Wishing Tree akan didermakan kepada rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Suria KLCC untuk meneruskan agenda Kesedaran Kesihatan Mental.

Iklan

Dalam pada itu katanya, Suria KLCC akan melancarkan e-Baucar Beli Belah Suria KLCC (Suria KLCC e-Vouchers) dan menawarkan ganjaran perayaan kepada pengunjung.

Menurutnya, kemeriahan sama turut dapat dirasai pengunjung pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya dan pusat beli-belah Mesra di Kemaman, Terengganu.