Tahun Baharu Cina: Beberapa jalan di Selangor dijangka sesak

Iklan
Sasikala Devi melancarkan Op Selamat sempena Tahun Baru Cina di Plaza Tol Gombak.

GOMBAK - Polis Selangor menjangkakan berapa lokasi di negeri akan mengalami kesesakan kerana warga Lembah Klang pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, antara lokasi itu membabitkan daerah Sabak Bernam, Klang Utara, Kuala Selangor, Ampang Jaya dan Gombak.

Iklan
Iklan

"Lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kesesakan adalah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (Ampang Jaya); Plaza Tol Gombak (Gombak) dan Jalan Klang-Teluk Intan (Sabak Bernam, Klang Utara, Kuala Selangor)," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat sempena Tahun Baru Cina di Plaza Tol Gombak, di sini, pada Isnin.

Sasikala Devi berkata, pengguna jalan raya perlu sentiasa berhati-hati serta merancang perjalanan mereka semasa musim perayaan.

Iklan

"Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak juga akan sesak kerana sebanyak 171,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan tersebut pada Jumaat.

Sasikala Devi berkata, seramai 828 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang tempoh perayaan tersebut.

Iklan

"Saman akan dikeluarkan bagi mereka yang melakukan kesalahan jalan raya," katanya.

Mengulas mengenai kadar kemalangan, Sasikala Devi berkata, kemalangan di negeri ini menurun apabila 2,810 kemalangan direkodkan semasa Ops Selamat Tahun Baru Cina pada 2022.

"Dalam tempoh sama pada 2020, sebanyak 4,184 kemalangan direkodkan, 21 kemalangan maut direkodkan dalam tempoh perayaan yang sama tahun lalu berbanding 22 kemalangan maut direkodkan pada 2020,” katanya.