KOTA BHARU - Tiga lelaki berusia 20-an dikesan bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian besi penebat kilat sepanjang 58 meter dipercayai diambil di bangunan Troika Residensi, di sini jam 9 pagi pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian itu disedari oleh pengawal keselamatan semasa menjalankan tugas rondaan di tingkat 37.