KABUL - Sekurang-kurangnya 24 orang mati kesejukan termasuk empat kanak-kanak di pelbagai wilayah di Afghanistan, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan Tolo news pada Isnin.
Menurut saluran media itu, empat kanak-kanak maut di wilayah barat laut Badgis, manakala empat gelandangan di barat Herat, lima orang di wilayah tenggara Khost dan 10 di wilayah utara meninggal dunia.