Tiada rakyat Malaysia terbabit gempa bumi Aceh

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123rf

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian gempa bumi yang melanda Aceh, Indonesia pada Isnin.

Dalam satu kenyataan kementerian itu memaklumkan, sekiranya ada mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau sebarang pertanyaan lanjut, mereka diminta menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.

Iklan
Iklan

"Sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan segera hubungi talian 62 61 4531342, 62 61 4523992 atau emel mwmedan@kln.gov.my," menurut kenyataan itu pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan, satu gempa bumi dilaporkan berukuran 6.2 pada skala Richter telah berlaku pada jam 5.30 pagi waktu tempatan di daerah Aceh dan Sumatera Utara, Indonesia.

Iklan

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BKMG) melaporkan, pusat gempa berada pada 47 kilometer (km) di tenggara daerah Aceh Singkil.

Agensi itu turut mengesahkan gempa tersebut tidak berpotensi mencetuskan tsunami namun meminta penduduk berwaspada dengan kemungkinan gempa susulan.

Iklan