Dua remaja nyaris lemas diselamatkan bomba

Iklan
Anggota bomba berjaya menyelamatkan dua remaja yang nyaris lemas dalam kejadian di Sungai Kerayong, Taman Pandan Mewah di Ampang pada Isnin.

AMPANG - Dua remaja lelaki nyaris lemas sebelum diselamatkan anggota bomba dalam kejadian di Sungai Kerayong, Taman Pandan Mewah di sini pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, laporan diterima pihaknya pada jam 5.29 petang.

Iklan
Iklan

"Aduan dibuat orang awam berkaitan dua remaja lelaki yang dilihat berada di lokasi kejadian sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah dengan kekuatan seramai lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kedua-dua mangsa didapati berada antara jarak 50 meter antara satu sama lain.

Iklan

"Kerja-kerja menyelamat mangsa terlibat dijalankan dengan menggunakan peralatan tangga dan tali.

"Kedua-dua mangsa yang diselamatkan kemudian diserahkan kepada keluarga dalam keadaan selamat," katanya.

Iklan