Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala

Iklan
Lokasi mangsa dikatakan tergelincir dan dibawa arus. Foto: Ihsan JBPM

DUNGUN - Seorang lelaki berusia 21 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai di Hulu Paka, di sini pada petang Isnin.

Mangsa, Muhammad Zuhaily Roslan dari Paka dikatakan melintasi anak sungai untuk menjala ikan sebelum tergelincir dan dibawa arus.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, seorang rakan yang turut bersama mangsa ketika kejadian terselamat.

"Pasukan penyelamat yang menerima panggilan kecemasan telah bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan," katanya pada Isnin.

Iklan