Langkah taktikal Puteri Sarah

Iklan
Puteri Sarah

BAGI menuntut keadilan buat dirinya selepas perintah injuksi oleh Mahkamah Sivil Kuala Lumpur agar suaminya tidak diganggu dan dihampiri tidak dipedulikan, Puteri Sarah Liyana nekad mengambil tindakan undang-undang lebih tegas terhadap Ira Kazar.

Untuk itu, Puteri Sarah Liyana akan membuat permohonan komital supaya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda kepada Ira yang kini menjadi isteri kedua suaminya yang juga pengarah filem pecah panggung, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof.

Iklan
Iklan

Tindakan undang-undang sama juga akan diambil terhadap kakak Ira dan bapa mereka yang merupakan pelakon senior, Kazaruddin Saisi atau Kazar.

Media pada Isnin melaporkan, Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon itu berkata, pelanggaran yang dilakukan amat dahsyat kerana Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini, 27, dan Syamsul, 39, berkahwin di luar negara tanpa mendapat izin mahkamah.

Iklan

Berdasarkan perintah injuksi, Ira sepatutnya tidak boleh sama sekali mengganggu Syamsul hingga kes saman sivil yang dikemukakan selesai.

Pada 28 Jun tahun lalu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, memfailkan saman sivil di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap Ira atas dakwaan menerima gangguan dan ugutan daripada wanita berkenaan menerusi media sosial.

Iklan

Susulan itu, Puteri Sarah turut memperoleh perintah injuksi daripada mahkamah antara lain bagi menghalang Ira menghampiri dan menganggunya, suami dan keluarganya.

Puteri Sarah pada Isnin turut mengheret Syamsul, 39, yang juga anak kepada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam ke mahkamah apabila memfailkan penceraian selepas lima tahun bergelut mempertahankan rumah tangganya.

Sebutan pertama kes itu ditetapkan pada 7 Mac depan iaitu sehari sebelum ulang tahun kesembilan perkahwinan pasangan sensasi berkenaan.

Keputusan muktamad pelakon drama Suri Hati itu yang akhirnya membuat permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur turut 'trending' di media sosial dan menjadi tajuk-tajuk utama berita.

Kisah rumah tangga suami isteri tersebut menjadi bualan hangat sejak awal tahun lepas setelah Puteri Sarah mendedahkan diganggu orang ketiga.

Kemelut rumah tangga mereka memuncak apabila Syamsul mendedahkan susah bernikah dengan Ira di Thailand pada 6 Januari lalu berwalikan bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Kazar.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.