Arsenal tidak akan menang EPL - Neville

Iklan
Arsenal diramalkan gagal untuk mempertahankan kelebihan mata yang dimiliki selaku pendahulu EPL. - Foto AFP

BEKAS pemain Manchester United, Gary Neville meramalkan Arsenal akan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah Manchester City dan juga United.

Menurutnya, City masih lagi calon utama untuk memenangi EPL musim ini dan percaya Arsenal akan gagal mengekalkan kelebihan mata yang dimiliki selaku pendahulu liga ketika ini.

Iklan
Iklan

Arsenal mengekalkan prestasi hebat mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Tottenham Hotspur untuk mendahului lapan mata mengatasi City yang tewas 1-2 kepada United pada Sabtu.

"Saya tidak fikir mereka (Arsenal) akan memenangi liga. Manchester City akan memenangi liga, dan saya fikir United akan menduduki tempat kedua. Saya tahu itu akan mengganggu emosi peminat Arsenal.

Iklan

"Saya lebih suka Arsenal memenangi liga daripada Man City. Saya fikir ia akan menjadi sangat sensasi untuk Liga Perdana tahun ini.

"Saya berfikir tentang menonton Liga Perdana dan kita telah melihat City selain Liverpool yang menyapu bersih kejuaraan liga sejak lima tahun lalu.

Iklan

"Saya suka untuk membayangkan United memenanginya, tetapi saya tidak fikir itu akan berlaku musim ini," katanya.

Arsenal ketika ini selesa di puncak EPL dengan 47 mata dibezakan lapan mata dengan pencabar terdekat mereka City selepas 18 perlawanan.

Newcastle United dan Manchester United pula berada di kedudukan ketiga dan keempat berkongsi 38 mata.