TNB keluar notis, roboh reban ayam di kawasan seliaannya

Iklan
Aduan yang dibuat ahli jawatan penduduk Pangsapuri Sri Meranti

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah mengeluarkan notis kepada seorang penduduk agar meroboh reban ayam di kawasan seliaannya sebelum aduan awam dibuat pada Isnin.

TNB dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian memaklumkan pihak TNB telah menghubungi pengadu dan pelaku yang mendirikan pondok kecil dan reban ayam tersebut pada 12 Januari lalu.

Iklan
Iklan

"Pelaku telah diberikan notis bahaya serta dinasihatkan untuk merobohkan segera struktur-struktur dibina tanpa kebenaran bagi menjamin keselamatan diri sendiri dan orang awam.

"Hasil pemeriksaan susulan oleh pihak TNB pada 16 Januari (Isnin) kesemua pondok kecil dan reban ayam yang didirikan tersebut telah pun dirobohkan," kata TNB dalam kenyataan itu pada Selasa.

Iklan

Pada Isnin, ahli jawatankuasa penduduk di Pangsapuri Sri Meranti, Persiaran Meranti Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur membuat aduan mengenai perkara itu di ruangan aduan Sinar Harian.

Mereka berharap TNB dapat mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menjadikan kawasan TNB sebagai kawasan ternakan ayam kerana ia hampir dengan kawasan kejiranan mereka.

Iklan

Dalam pada itu, pihak TNB akan meneruskan pemeriksaan di tapak berkenaan agar tiada aktiviti tanpa kebenaran dijalankan di dalam rentis bagi menjamin keselamatan pepasangan serta orang awam.