Forest sambar Danilo dari Palmeiras

Iklan
Danilo

NOTTINGHAM Forest menandatangani kontrak pemain tengah Brazil, Danilo dari Palmeiras sehingga 2029, kata pasukan Liga Perdana Inggeris itu, pada Selasa.

Pemain berusia 21 tahun itu membuat 141 penampilan dalam semua pertandingan bersama Palmeiras, dengan memenangi dua Copa Libertadores dan kejuaraan liga serta piala domestik.

Iklan
Iklan

"Saya berazam untuk menang dan akan sentiasa berusaha melakukan terbaik di atas padang untuk mencapai keputusan positif. Saya kini teruja untuk bermula serta bertemu rakan sepasukan baharu," katanya yang akak memakai jersi nombor 28.

Sementara itu, Pengarah Sukan Forest, Filippo Giraldi mengalu-alukan kedatangan Danilo.

Iklan

"Dia mempunyai bakat besar dan akan menjadi aset hebat untuk masa kini serta masa depan Nottingham Forest," katanya.

Untuk rekod, Nottingham Forest kini berada di kedudukan ke-13 Liga Perdana Inggeris, akan menentang Bournemouth hujung minggu ini.

Iklan