Enam maut termasuk bayi 6 bulan ditembak di California

Iklan
Imej yang dikeluarkan oleh Pejabat Syerif Daerah Tulare berhubung kejadian tembakan di Goshen dekat Visalia, California, awal pagi Isnin dan pihak berkuasa sedang mencari sekurang-kurangnya dua suspek. - Foto: AP
WASHINGTON - Seorang bayi berusia enam bulan dan ibunya antara yang maut ditembak di California, lapor Agensi Anadolu.

Syerif Daerah Tulare Mike Boudreaux memberitahu akhbar Los Angeles Times bahawa kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan di pusat bandar Goshen.

"Mangsa yang maut termasuk bayi, ibunya berusia 17 tahun dan seorang wanita tua.

"Ramai mangsa ditembak di kepala, termasuk bayi malang itu, kata Boudreaux.

Pihak berkuasa percaya ibu bayi berkenaan dan anaknya ditembak ketika cuba melarikan diri susulan penemuan mayat dalam parit di luar rumah mereka.

Sementara itu, mangsa seorang wanita tua"ditembak ketika sedang tidur," kata Boudreaux.

Seorang lagi mangsa ditemukan masih hidup, tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat cedera parah. - Bernama