TONGGAK pertahanan Manchester United, Raphael Varane percaya tiada apa yang mustahil untuk kelab itu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas kemenangan ke atas Manchester City, pada Sabtu.
City telah menang empat kejuaraan EPL dalam lima musim terakhir, manakala United pula gagal memenangi trofi tersebut selepas era pengendali terdahulu, Alex Ferguson.
Iklan
Iklan
Namun, kehadiran Erik ten Hag di Old Trafford memberikan harapan kepada kelab itu menjulang sebarang trofi dan kemungkinan untuk turut meraih kejuaraan EPL musim ini.
"Segalanya mungkin. Kami akan melihat setiap perlawanan demi perlawanan. Perjalanan masih jauh dan sudah tentu sangat sukar.
"Para pemain bersedia secara fizikal dan kami tahu ia akan menjadi sukar. Tetapi, kami sebuah pasukan mantap dan kuat. Kami hanya perlu pastikan pemain berada pada tahap kualiti sepatutnya," katanya.
United ketika ini berada di kedudukan keempat EPL dengan 38 mata berkongsi mata dengan Newcastle Untied di tempat ketiga.
Arsenal pula kekal sebagai pendahulu selepas menewaskan Tottenham Hotspur pada Isnin dan memiliki kelebihan lapan mata berbanding City di kedudukan kedua liga.