Maxis eKelas Usahawan latih 2,400 usahawan

Iklan
Peserta-perserta eKelas Usahawan mengikuti salah satu modul program itu yang disediakan oleh Maxis.

PROGRAM jangkauan komuniti Maxis Berhad (Maxis), eKelas Usahawan berjaya melatih lebih 2,400 usahawan sejak dilancarkan pada Mac 2021.

Maxis dalam satu kenyataan berkata, program itu telah dijalankan menerusi 39 bengkel secara fizikal dan maya di seluruh negara dengan mendapat maklum balas positif daripada peserta.

Iklan
Iklan

"eKelas Usahawan merangkumi siri bengkel pemasaran digital dengan pendekatan praktikal dan amali untuk melengkapkan usahawan dengan pengetahuan serta kemahiran asas pemasaran digital.

"eKelas Usahawan telah menarik minat yang tinggi daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro, khususnya usahawan wanita dalam penggunaan digital untuk perniagaan mereka,” jelas kenyataan itu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, sebagai usaha untuk mengadakan bengkel khusus, eKelas Usahawan akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi menarik minat serta membantu lebih ramai usahawan dan PKS dalam menerapkan pengetahuan dan alat pemasaran digital asas kepada perniagaan masing-masing.

Ketua Hal Ehwal Korporat Maxis, Mariam Bevi Batcha berkata, eKelas Usahawan mendapat sambutan positif sejak ia dilancarkan dan berharap dapat meningkatkan lagi program berkenaan supaya lebih ramai usahawan dapat meraih manfaat pendigitalan dengan cepat.

Iklan

"Kami mempunyai modul yang mudah difahami dan berkesan, namun masih merangkumi petua dan kemahiran asas mengenai pemasaran, fotografi digital, penulisan iklan dan perancangan untuk kempen pemasaran, serta pengiklanan melalui platform dalam talian dan media sosial," katanya.

Sementara itu, peserta dari Kelantan, Azliza Rumainor dan Norul Suziyana Sulong berkata, melalui eKelas Usahawan Maxis, mereka telah memperoleh pengetahuan mengenai kemahiran pendigitalan serta pengiklanan dalam talian serta mengembangkan perniagaan di media sosial.

Bagi peserta dari Pulau Pinang, Noraini Azlan Azmi berkata, bengkel digital itu sangat bermanfaat kepada usahawan untuk mempelajari cara memasarkan dan mengiklankan produk mereka untuk menarik lebih ramai pelanggan

Mereka yang berminat – sama ada usahawan sedia ada ataupun mereka yang beraspirasi untuk menjadi usahawan, boleh mendaftar untuk eKelas Usahawan secara percuma di https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/corporate-responsibility/.