WASHINGTON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken dijangka bakal mengadakan lawatan ke China pada 5-6 Februari, lapor Sputnik.
Beberapa isu penting termasuk operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine, senjata nuklear China dan warga AS yang ditahan di China, dijangka menjadi agenda utama Blinken untuk lawatan kali ini, menurut media tempatan Politico.
Akhbar itu melaporkan bahawa setiausaha negara AS itu akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar China Qin Gang di Beijing pada 5-6 Februari.
Lawatan Blinken ke Beijing adalah lanjutan pertemuan Presiden AS Joe Biden dengan Presiden China Xi Jinping di Indonesia pada November 2022, di mana Biden berikrar untuk"mengekalkan komunikasi terbuka" dengan China.
Lawatan itu juga akan menguji sama ada pertemuan antara kedua-dua presiden itu telah membuka jalan kepada hubungan AS-China yang lebih produktif. - Bernama