BANGKOK - Berpuluh-puluh orang dilaporkan cedera apabila sebuah kapal tangki minyak meletup di wilayah Samut Songkhram, Thailand pada Selasa, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.
Insiden berlaku kira-kira 9.15 pagi waktu tempatan apabila kapal tangki minyak itu berlabuh di limbungan Sungai Mae Klong di daerah Muang sebelum meletup dan menyebabkan kebakaran, menurut akhbar tempatan Thailand Matichon.
Beberapa pekerja dilaporkan hilang manakala kediaman yang berada di sekitar kawasan terbabit dilaporkan rosak teruk.
Pasukan penyelamat sedang berusaha mengawal kebakaran dan memindahkan mangsa yang cedera. - Bernama