Dua pegawai polis direman bantu siasatan kes tuntutan palsu

Iklan
Dua pegawai polis direman empat hari bermula hari ini bagi bantu siasatan kes membuat tuntutan palsu. - Foto Bernama

KUCHING - Dua pegawai polis, masing-masing berpangkat Deputi Superintendan (DSP) dan Inspektor direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu, empat tahun lepas.

Majistret Siti Farah Ibrahim mengeluarkan perintah reman itu terhadap kedua-dua suspek yang ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak kira-kira 3.15 petang semalam.

Iklan
Iklan

Kedua-dua suspek yang berumur 49 tahun itu disyaki bersubahat bersama seorang pengurus sebuah syarikat untuk mengemukakan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butiran palsu berjumlah RM19,980.

Invois dan pesanan kerajaan itu adalah bagi perkhidmatan dan pembaikan bangunan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau, dekat Sibu, iaitu tempat kedua-dua pegawai terbabit bertugas pada 2019.

Iklan

Sementara itu, Mahkamah Majistret di Sibu memerintahkan pengurus syarikat berumur 39 tahun yang disyaki bersubahat dengan kedua-dua pegawai polis berkenaan direman selama dua hari bagi membantu siasatan. - Bernama

Iklan