KUALA TERENGGANU - Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap pegawai dan anggota polis pada November dan Disember tahun lepas.
Muhamad Hafidz Azrul Mat Nizan, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.