Populasi China menurun ke paras terendah dalam enam dekad

Iklan
China kini menyaksikan pertumbuhan negatif pada 2022, penurunan populasi paling rendah dalam tempoh lebih enam dekad. - Foto 123RF

ISTANBUL - China, negara paling ramai penduduk di dunia kini menyaksikan pertumbuhan negatif pada 2022, penurunan populasi paling rendah dalam tempoh lebih enam dekad, menurut data negara yang dikeluarkan pada Selasa.

Jumlah penduduk China merosot 850,000 tahun lepas, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS).

Iklan
Iklan

"Menjelang akhir 2022, penduduk negara itu seramai 1,411.75 juta (termasuk penduduk 31 wilayah, wilayah autonomi dan majlis perbandaran dan anggota perkhidmatan), penurunan sebanyak 0.85 juta berbanding pada akhir 2021," menurut kenyataan NBS.

Data itu tidak meliputi penduduk Hong Kong, Macao dan Taiwan, serta warga asing yang tinggal di 31 wilayah, wilayah autonomi dan majlis perbandaran.

Iklan

Data itu menunjukkan terdapat 9.56 juta kelahiran dengan kadar kelahiran 6.77 setiap seribu.

"Orang ramai tidak perlu terlalu bimbang kerana isu utama adalah sama ada populasi, struktur demografi dan sistem perindustrian adalah serasi," kata Pengarah NBS Kang Yi sebagai menjawab soalan mengenai sama ada penduduk China akan terus menurun.

Iklan

"Trend ini akan berterusan," ramal beliau.

"Pembekalan keseluruhan tenaga buruh masih lebih besar daripada permintaan. Ia tidak bermakna apabila jumlah penduduk berkurangan, hasil demografi hilang," Shanghai Daily memetik Kang sebagai berkata.

"Penurunan populasi China pada 2022 disebabkan oleh penurunan kelahiran baharu yang berkaitan dengan penurunan kesuburan, kelewatan dalam perkahwinan dan bersalin serta penurunan bilangan wanita dalam usia melahirkan anak," katanya.

Ia merupakan"kali pertama sejak 1950 jumlah kelahiran baharu merosot di bawah 10 juta dan tahun ketiga kadar kelahiran negara telah jatuh di bawah 1 peratus," lapor akhbar harian China Global Times

Data NBS menunjukkan jumlah kematian melebihi jumlah kelahiran tahun lalu, menyebabkan jumlah penduduk berkurangan daripada 1.4126 bilion pada 2021 kepada 1.4118 bilion tahun lepas.

Tahun lepas, kadar kematian seramai 7.37 setiap seribu.

Data itu menunjukkan 9.56 juta bayi dilahirkan tahun lepas, penurunan 9.98 peratus daripada 10.62 juta bayi sebelumnya. - Bernama