Lelaki terjatuh sungai ketika menjala ditemui lemas

Iklan
Laporan Sinar Harian pada malam Isnin.

DUNGUN - Seorang lelaki berusia 21 tahun yang terjatuh ke dalam sungai ketika menjala ikan di Hulu Paka, di sini pada Isnin ditemukan lemas.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat Muhammad Zuhaily Roslan ditemui pasukan penyelamat pada jam 2.15 petang Selasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jenazah Muhammad Zuhaily yang berasal dari Kampung Gong Gemia, Paka dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Muhammad Zuhaily dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Hulu Paka, di sini pada Isnin.

Iklan

Mangsa dikatakan melintasi anak sungai untuk menjala ikan sebelum tergelincir dan dibawa arus.

Bagaimanapun, seorang rakan yang turut bersama mangsa ketika kejadian terselamat.

Iklan