Mayat tanpa kepala ditemui dalam bagasi tepi jalan

Iklan
Bagasi yang ditemui di tepi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara pada pagi Selasa.

SUNGAI BULOH - Pihak polis mengesahkan penemuan mayat tanpa kepala yang ditinggalkan dalam sebuah bagasi di tepi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara di sini pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan pada jam 11.45 pagi.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan di dalam bagasi berkenaan ada terjumpa serpihan potongan badan iaitu mayat tanpa kepala dan kedua-dua belah tangan serta kaki.

"Identiti dan jantina mayat berkenaan belum dikenal pasti berikutan keadaan mayat dipotong dari bahagian pinggang ke atas dan tiada dokumen pengenalan diri," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan
Iklan

Shafa’aton berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti motif kejadian dan suspek terlibat.