'Kaedah bayar terus ke akaun bank murid perlu dipergiat'

Iklan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berhubung insiden samun wang tunai RM109,000 bagi Bantuan Awal Persekolahan di Semenyih, Selangor pada Isnin.

SHAH ALAM - Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menyarankan agar pembayaran terus ke akaun bank murid dapat dipergiatkan selepas kejadian wang tunai bagi bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 hilang dilarikan penjenayah di Semenyih pada Isnin.

Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata, sewaktu menerajui Kementerian Pendidikan, beliau amat menggalakkan usaha supaya bayaran bantuan awal persekolahan dibuat terus menerusi akaun bank murid.

Iklan
Iklan

"Pendekatan memasukkan terus bantuan ini ke akaun bank murid dapat meningkatkan produktiviti dan menjimatkan masa banyak pihak.

Mohd Radzi berkata, apabila perkara itu dibuat secara manual di sekolah, ibu bapa perlu menandatangani beberapa helaian kertas di samping guru perlu memastikan proses dilaksanakan satu persatu.

Hantaran Mohd Radzi di Facebooknya pada Selasa.

Iklan

"Pembayaran ke akaun murid juga memastikan tatacara pengurusan kewangan yang teratur dan selamat. Ini dapat mengelakkan kejadian kehilangan tunai seperti mana yang berlaku semalam (Isnin) berulang.

"Sekiranya pembayaran tunai perlu dibuat, prosedur operasi standard (SOP) yang ketat mestilah dipatuhi oleh ketua jabatan mengikut Arahan Perbendaharaan (AP) 137 - Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan," jelasnya.

Iklan