Jin Wei kecundang awal di India

Iklan
Jin Wei tewas kepada pemain Thailand, Ratchanok Intanon, 21-13, 21-11 pada pusingan pertama Terbuka India di Dewan Tertutup KD Jadhav, India pada Selasa. - Foto Badminton

IMPIAN pemain badminton profesional wanita negara, Goh Jin Wei untuk melangkah lebih jauh dalam Terbuka India 2023 tidak kesampaian apabila ditunjukkan jalan keluar daripada kejohanan berstatus Super 750 tersebut.

Jin Wei mengakhiri cabaran selepas tewas kepada bekas pemain nombor satu dunia dari Thailand, Ratchanok Intanon, 21-13, 21-11 dalam masa 27 minit pada pusingan pertama di Dewan Tertutup KD Jadhav, India pada Selasa.

Iklan
Iklan

Jin Wei yang berstatus nombor 33 dunia sebelum ini mengakui jurang antara dia dengan pemain dalam kelompok utama dunia masih jauh susulan tersingkir di pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023.

Pemain berasal dari Bukit Mertajam berusia 22 tahun itu yang menyingkap tirai musim ini di Terbuka Malaysia tewas pada pusingan kedua kepada pemain nombor empat dunia dari Korea Selatan, An Se Young 10-21, 12-21.

Iklan
Iklan